Saturday, February 5, 2011

makna di sebalik rendang tak berbuah..

Tajuk/Lirik Lagu: Rendang Tak Berbuah
Penyanyi: Hattan

Sunyi dan gelap
Terlantar dalam telanjang
Di pintu rindu
Hidup dan matiku disisiku

Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merenda semalam
Mungkin takkan berbuah

Hanya memenuhkan 
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara

Begitulah hakikatnya
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu

Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya

Berikanlah pengertian
Waktuku di hujung jalan
Berbicara bahasa tuhan
Yang penuh penyesalan

Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk desamu
Biarpun tak bersubur
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu
Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam


dulu aku suka sangat dengar lagu ni..series..sebab lagu ni best..and lagu ni ada something yang memang tersirat betol..makna dia tu..memang aku tak paham pon..aku kan maen dengar jek..hehe..
khamis lepas..masa on the way nak pegi melaka..dengar lagu nie..tetibe encik yayang cakap.." cube awak bagitau saya..apa maksud lagu nie.." aku pon..heh..ape kesss...kene buat tafsiran data mentah..hebat betol..selama ni aku pon tak paham..hahaha..

maka sesi bicara ilmu bermula ea..ni memang brainstorm betol-betol la dengan yayang..aku cakap gini die kona gitu...last-last die pon bagitau la kat aku..
"lagu ni pasal orang sakit..die maybe koma..tengah die koma tu family die datang tengok..die nampak la mak die..sedara mara die..  
Begitulah hakikatnya
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu

okay.. pastu die nampak mak die..then maybe die ada buat silap dengan mak die..die nak minta maaf..tapi tengah koma..so die cuma boleh tengok jek..takleh cakap..takleh buat ape..nangis jek.. 
Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya

kan??die nak mengadu kat mak dia yang die tengah sakit..tapi takde sapa yang denga..dalam banyak-banyak..mak jugak yang die cari..sebab ape??Sebab...die nak minta maaf..


Berikanlah pengertian
Waktuku di hujung jalan
Berbicara bahasa tuhan
Yang penuh penyesalan


sebab macam mana pon..mak adelah orang yang paling mulia..dan sebab syurga kita di bawah telapak kaki ibu..siapa pon kita..mak adalah orang yang patut kita muliakan dan sanjung...

Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk desamu
Biarpun tak bersubur
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu
Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam

haaaa...macam tu la yayang cakap kat aku..aku pon hape lagi..angguk jelaaa...pastu cakap ape..."owhhhhh...barulah paham..padanla lagu die macam menyentuh tangkai jantung..nak kata cinta tak..nak kata islamik tak.."
dah tu gua balek kene sebijik.."dah tu awak tu dengar jek..asal bukak dengar..cubela kaji sikit lain kali..dengar..tafsir makna dia..ape die nak sampaikan..baru betull..."

hah..dah sudah..kene tafsir mentafsir la pulak....dop gheti la ambo..denga buleh...pasang jah ari-ari..hahaha..ape pon..ni lagu yang best..sape tak pernah denga..tak tau laaa..memang kau anak orang putih..

6 comments:

  1. ibu dalam lagu ni bermaksud isteri.. sebuah kisah benar.. rendang xberbuah merupakan jalan cerita pendek sebuah kisah benar..
    SESUNGGUHNYA perpisahan amat menyakitkan. Berdepan krisis rumah tangga yang cukup memberi kesan mendalam terhadap hidup pengacara dan penulis lirik terkenal, ..... hingga dia pernah hampir hilang arah dan derita sakit bertahun-tahun lamanya.

    ReplyDelete
  2. http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=33438

    ReplyDelete
  3. to miss/mr anonymous: thanks menerangkan pada cheq ea..cheq pon lame sungguh cari nak paham makne lagu nie..memang mendalam..sebab tu tak paham2..hehe

    ReplyDelete
  4. "terlantar dalam telanjang" - hampir mati tanpa sedia berbalut amal ibadah...

    ReplyDelete
  5. "Berikanlah pengertian" ---> tunjukkan aku, bimbingkan aku
    "Waktuku di hujung jalan" ----> aku nazak nak mati
    "Berbicara bahasa tuhan" ------> bacakan ayat2 suci untukku
    "Yang penuh penyesalan" ----> aku ingin mati dalam iman, taubat

    ReplyDelete
  6. Mungkin agak lewat tp ni lah sbnrnye
    lagu ni hasil karya bob lokman...
    Ibu dlm lirik ni mksd dia isteri dia..
    mgkn boleh search kisah dsebalik lagu ni..cerekarama tuhan pun tahu adlh aatu cerita yg lbg kurang dgn kisah sbnr yg jd kat bob lokman sehingga terhasil lagu ni

    ReplyDelete